Vantablack objek paling hitam dicipta
Pada suatu ketika dahulu, semasa dalam kelas tuisyen ada seorang student saya bertanya kepada saya. Soalannya adalah apakah dalam dunia ini objek yang paling hitam atau dikatakan paling gelap. Tahu apa jawapannya?! .. Of course benda tu nama nya Vantablack. Mungkin ada di antara pembaca sekalian sudah tahu mengenainya dan mungkin ada yang belum. Walaubagaimanapun saya nak share di sini pasal Vantablack ni.
Vantablack adalah nama singkatan dari Vertically Alligned nanotube Array. Ia merupakan satu bahan yang dihasilkan oleh Surrey Nano System di United Kingdom. Ia telah ditemui pada tahun 2014. Ia diperbuat daripada berjuta karbon nanotube yang sangat kecil disatukan bersama di mana dalam keluasan 1 cm persegi sahaja terdapat 1000 juta karbon nanotube. Seperti yang kita ketahui objek yang gelap cenderung untuk menyerap cahaya sedangkan objek yang bekilat cenderung untuk memantulkan cahaya. Disebabkan bahan ini adalah tersangat gelap, ia boleh menyerap cahaya sehingga 99.96%. Ini menunjukkan bahawa hanya 0.04% sahaja cahaya yang akan dipantulkan dan ini tidak dapat dikesan oleh mata manusia kerana nilai 0.04% adalah terlalu kecil. Boleh dikatakan bahan ini mampu menyerap semua cahaya yang mengenainya. Ia juga dapat menyerap cahaya laser.
Jika kita lihat gambar di atas ni, ia seperti di edit dengan cara melukis satu border hitam kemudian mewarnakannya dengan warna hitam. Jika kita tidak tahu akan kewujudan vantablack, kita akan berfikir seperti itu atau ia seolah-olah seperti sesorang memotong lubang di udara (tidak mungkin udara boleh dipotong membentuk lubang). Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kita memerlukan masa selama 2 hari untuk melekapkan bahan ini ke atas suatu objek seperti yang dikatakan oleh Northam. Dia juga mengatakan bahawa bahan ini sangat mahal malah lebih mahal daripada emas dan berlian.
“I had an inquiry yesterday asking how much would it cost for a kilo of Vantablack pigment,” Northam says. “First of all, I can’t sell you a bucket of Vantablack, but if I could, I don’t think there’d be much on the planet that would be more expensive.” He says that, ounce for ounce, Vantablack is a lot more expensive than both diamond and gold.
Kita tidak akan dapat melihat garis kedut pada bahan ini kerana terlalu hitam. Sehinggakan objek 3D akan nampak seperti 2D. Contoh adalah seperti sebuah topeng yang asalnya adalah 3D. Tetapi jika disalut dengan vantablack, topeng akan kelihatan 2D.
Kerana kehitamannya yang luar biasa, ia mampu menyerap tenaga haba dalam kuantiti yang tinggi seperti yang kita ketahui warna hitam lebih cenderung untuk menyerap tenaga haba berbanding warna cerah.
Mungkin ada yang bertanya "Apa rasanya jika menyentuh vantablack ni?". Jika kita sentuh bahan ni, kita akan dapati seperti menyentuh kain sutera yang licin. Mengikut kata Northam, ia seperti kain sutera yang panas.
“They expect it to feel like a warm velvet.”
Vantablack mudah rapuh dan mudah rosak. Jadi jika bahan ini disalutkan ke atas objek yang tidak dilindungi seperti badan kereta, ia akan rosak dengan mudah sekali. Ia amat sensitif apabila disentuh kerana ia dicipta di mana setiap nanotube karbon adalah secara individu dan hampir tiada jisim. Tambahan pula, kebanyakan ruang di dalam bahan ini adalah udara. Disebabkan ia hampir tiada jisim, maka tiada daya terhasil dalam pecutan seperi yang dikatakan oleh Northam.
“If there’s no mass, there’s no force during acceleration,”
Bagi mereka yang mempelajari sains dan fizik, mereka akan memahaminya. Saya akan terangkan di sini. Ia merujuk kepada formula F=ma, di mana "F" adalah daya, "m" adalah jisim dan "a" adalah pecutan. Disebabkan bahan ini hampir tiada jisim, maka m=0 dan jika bahan memecut dengan satu nilai pecutan apa sekalipun, daya "F" tetap sifar kerana jisim "m" adalah sifar atau hampir sifar. Juga boleh dikatakan, tiada daya yang diperlukan untuk membuatkan bahan ini memecut.
Mungkin ada yang tertanya apa kegunaan vantablack ini. Jika tiada kegunaan, untuk apa ia dicipta. Setakat ini, apa yang saya tahu kegunaannya adalah diruang angkasa sana di mana ia digunakan bagi membantu menyerap cahaya sesat pada satelit dan teleskop.

Vantablack |

Vantablack yang disalutkan ke atas sebuah topeng yang dapat mengubah dimensinya |
Kerana kehitamannya yang luar biasa, ia mampu menyerap tenaga haba dalam kuantiti yang tinggi seperti yang kita ketahui warna hitam lebih cenderung untuk menyerap tenaga haba berbanding warna cerah.
Mungkin ada yang bertanya "Apa rasanya jika menyentuh vantablack ni?". Jika kita sentuh bahan ni, kita akan dapati seperti menyentuh kain sutera yang licin. Mengikut kata Northam, ia seperti kain sutera yang panas.
“They expect it to feel like a warm velvet.”
Vantablack adalah licin |
Vantablack mudah rapuh dan mudah rosak. Jadi jika bahan ini disalutkan ke atas objek yang tidak dilindungi seperti badan kereta, ia akan rosak dengan mudah sekali. Ia amat sensitif apabila disentuh kerana ia dicipta di mana setiap nanotube karbon adalah secara individu dan hampir tiada jisim. Tambahan pula, kebanyakan ruang di dalam bahan ini adalah udara. Disebabkan ia hampir tiada jisim, maka tiada daya terhasil dalam pecutan seperi yang dikatakan oleh Northam.
“If there’s no mass, there’s no force during acceleration,”
Bagi mereka yang mempelajari sains dan fizik, mereka akan memahaminya. Saya akan terangkan di sini. Ia merujuk kepada formula F=ma, di mana "F" adalah daya, "m" adalah jisim dan "a" adalah pecutan. Disebabkan bahan ini hampir tiada jisim, maka m=0 dan jika bahan memecut dengan satu nilai pecutan apa sekalipun, daya "F" tetap sifar kerana jisim "m" adalah sifar atau hampir sifar. Juga boleh dikatakan, tiada daya yang diperlukan untuk membuatkan bahan ini memecut.
Vantablack adalah bahan yang mudah rapuh |

0 Comments