Bersantai di PD Waterfront di Port Dickson
Assalamualaikum....
Pernah dengar PD Waterfront?! Bagi mereka yang ingin bersantai di Port Dickson, selain dari Teluk Kemang, anda boleh berkunjung ke PD Water Front. Di sana anda boleh membawa keluarga berjalan-jalan dan bersantai sambal menikmati pemandangan laut yang indah.
Bagi saya, jika dilihat dari segi jumlah pengunjung, Teluk Kemang lebih banyak dikunjungi berbanding PD Waterfront. Disebabkan itu PD Waterfront agak tidak sibuk berbanding Teluk Kemang. Namun begitu, terdapat banyak kedai berdekatan dengan PD Waterfront dan yang paling dekat adalah MCD.
Bila hujung minggu tiba, pasti ada yang berfikir untuk pergi berjalan-jalan. Lagipun duduk sahaja di rumah pada hujung minggu agak membosankan lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga.
Pernah dengar PD Waterfront?! Bagi mereka yang ingin bersantai di Port Dickson, selain dari Teluk Kemang, anda boleh berkunjung ke PD Water Front. Di sana anda boleh membawa keluarga berjalan-jalan dan bersantai sambal menikmati pemandangan laut yang indah.
Bagi saya, jika dilihat dari segi jumlah pengunjung, Teluk Kemang lebih banyak dikunjungi berbanding PD Waterfront. Disebabkan itu PD Waterfront agak tidak sibuk berbanding Teluk Kemang. Namun begitu, terdapat banyak kedai berdekatan dengan PD Waterfront dan yang paling dekat adalah MCD.
PD Waterfront |
Terdapat satu kawasan di PD Waterfront, di mana di dalam nya terdapat beberapa jenis permainan seperti memanah, kolam renang keretapi, dan lain-lain lagi. Di dalamnya juga ada terdapat satu lokasi untuk BBQ dan ia betul-betul di tepi laut. Terdapat kerusi santai dan untuk pengetahuan anda, kerusi santai ini adalah percuma. Duduk di kerusi santai sambil menikmati pemandangan laut memang agak menyeronokkan. Bagi mereka yang selalu stress kerja, apa salahnya sekali sekala tenangkan pemikiran anda denga menikmati pemandangan laut.
Jom kita bersantai hilangkan stress |
Suasana di tepi laut di PD Waterfront |
Jika yang gemar menaiki bot menjelajah laut Port Dickson, anda boleh menyewa bot dengan harga sekitar yang boleh ditawarkan RM200 bagi 6 orang lelaki dewasa. Anda boleh berbincang harga dengan tuan punya bot. Anda juga boleh bermainan bot pisang dan berbagai lagi jenis permainan peluncuran air di sana.
Saya telah mengunjungi PD Waterfront dalam beberapa minggu yang lalu dan agak lewat untuk menulis blog ini. Selalunya saya akan ke Teluk Kemang jika bersantai di Port Dickson tetapi sekali sekala ingin berkunjung ke tempat yang lain dan tempat yang saya pilih itu adalah PD Waterfront memandangkan saya tidak pernah singgah dan ini merupakan singgahan saya k PD Waterfront yang pertama.
In sha Allah ada boleh cuba kunjungi kawasan ini bersama dengan ahli keluarga jika anda ingin ke Port Dickson dan lihat sendiri bagaimana suasana di sana.
0 Comments