Edisi seleraku Wong Solo Indonesian Cuisine
Assalamualaikum...
Restoran ini mempunyai banyak cawangan iaitu :
Dalam kebanyakan menu, mata selalu tuju kat set ayam penyet dan set ayam bakar. Jadi kebiasannya yang saya order adalah set ayam penyet dan set ayam bakar. Dalam satu pinggan set ayam penyet/bakar terdapat :
Saya tak pernah order jus avocado tetapi sekali tu ada order dan snap picture. Di bawah ni gambar snap tu. Masa tu memang saya banyak snap gambar. Mungkin orang kedai hairan sikit snap, sikit snap
Setiap meja ada kicap dan sambal. Sambal merah itu menjadi kegemaran saya. Memang rasanya sedap. Jadi tak hairan lah sambal merah tu habis dulu. Ia tak berapa pedas. Boleh tahan.
Ada 2 pakej dalam menu iaitu :
Kalau bawa family besar boleh le guna pakej keluarga. Restoran Wong Solo pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan. Kalau tengok kat menu dia, ada lambang program TV tu. Biasanya kalau dah masuk TV, mesti telah mendapat perhatian kerana tak semua restoran masuk TV. Mendapat perhatian kerana makanan nya bukan calang-calang.
Pada bulan puasa, selalunya penuh dengan pelanggan semasa nak berbuka. Kebanyakan pelanggan memilih berbuka di restoran Wong Solo. Disebabkan itu apabila saya ingin berbuka di restoran Wong Solo, saya akan booking meja seawal pukul 5 lebih. Ini kerana jika lambat, boleh jadi dah penuh, semua meja dah kena booking.
Bagi anda yang ada di sekitar senawang, boleh cuba restoran ini. Terletak di Dataran Senawang, satu lokasi yang agak strategik kerana banyak kedai dan tak kosong dengan kunjungan manusia. Restoran ini terletak di sebelah Watson. Sementara tunggu makanan sampai, boleh tinjau-tinjau Watson ke, atau kedai lain ke. Bagi anda yang bukan di Senawang, anda boleh kunjung di cawangan lain.
Entry saya ini merujuk kepada Wong Solo di Senawang. Saya tidak pasti cawangan lain bagaimana. Bagi saya, layanan, servis dan makanan memang ok di sini sebab itu tiada masalah untuk selalu mengunjungi restoran ini. Cuma saya tekankan harganya memang mahal sikit.
Bagi anda yang belum cuba makanan di Wong Solo, boleh le hujung minggu bawa family (kalau dah berkeluarga), kalau solo lagi tu, saya tahu selalunya bawa siapa, mungkin ehem ehem ke kawan ke kan. Kalau ada apa-apa nak komen, boleh tinggalkan komen dalam ruangan disediakan.
Ok jumpa lagi....
Font Awesome 5 Icons
Kalau anda jalan-jalan cari makan dan tak tahu nak makan apa... Apa kata sesekali rasa makanan yang luar dari Malaysia. Entry kali ni nak cerita sikit pasal satu restoran yang menjadi kegemaran keluargaku sendiri pada hujung minggu (kebiasaan). Sudah banyak kali saya singgah di restoran ni dan dah banyak menu dah order cuma kali ni baru terniat nak masukkan dalam blog.
Bagi yang nak merasa makanan yang asalnya dari negara jiran kita Indonesia, boleh lah singgah di Wong Solo. Mungkin ada antara anda yang belum pernah dengar nama restoran ni, maklumlah restoran di Malaysia ni memang terlalu banyak. Kadang-kadang ada restoran yang famous tapi kita sendiri tak tahu.
Restoran ini mempunyai banyak cawangan iaitu :
- Senawang
- Melaka
- Cheras
- Bandar Sri Permaisuri
- Shah Alam
- Bandar Baru Bangi
- Cyberjaya
- Ampang
Nampaknya Sabah dan Sarawak belum ada cawangan lagi. Yang selalu saya singgah sudah pasti di Senawang kerana paling dekat. Dari segi pemerhatian saya, jika dilihat dari segi bahasa pertuturan, para pekerjanya semua orang Indonesia. Di sini saya paparkan menu, boleh cek dulu menu sebelum terjah restoran ni. Cuma saya nak beritahu kepada para pembaca sekalian, harga nya memang boleh terbeliak mata. Tapi memandangkan makanannya sedap (bagi saya), maka mahal tu dah tolak tepi dengan syarat time tu ada budjet, kalau tak ada, mampu lalu je. Satu lagi nak beritahu, bila buat pembayaran, bayar sekaligus, tak boleh asing-asing. Sebagai contoh satu meja ada 2 keluarga. Kita sudah semesti nak bayar keluarga kita saja tapi memang tak boleh. Perlu buat pembayaran sekaligus 2 keluarga. Itu yang saya tahu kalau di Senawang ni. Saya tak tahu cawangan lain macam mana. Tak pe, bayar dulu semua, lepas tu claim macam biasa.
Menu bahagian muka hadapan
|
Menu bahagian muka belakang |
Dalam kebanyakan menu, mata selalu tuju kat set ayam penyet dan set ayam bakar. Jadi kebiasannya yang saya order adalah set ayam penyet dan set ayam bakar. Dalam satu pinggan set ayam penyet/bakar terdapat :
- Nasi (nasinya agak lembut sedikit)
- Ayam beserta sambal
- Tempe goreng
- Tauhu goring
- Timun dan sayur salad
- Terung
Set ayam penyet menjadi kegemaran |
Sirap ais |
Saya tak pernah order jus avocado tetapi sekali tu ada order dan snap picture. Di bawah ni gambar snap tu. Masa tu memang saya banyak snap gambar. Mungkin orang kedai hairan sikit snap, sikit snap
Jus avocado |
Setiap meja ada kicap dan sambal. Sambal merah itu menjadi kegemaran saya. Memang rasanya sedap. Jadi tak hairan lah sambal merah tu habis dulu. Ia tak berapa pedas. Boleh tahan.
Yang hitam tu kicap, yang merah tu sambal. Sambal merah paling laris kerana rasanya sedap |
Buah potong |
Ada 2 pakej dalam menu iaitu :
- Pakej 7 in 1 Ekonomi
- Pakej Keluarga Ekonomi
Pakej 7 in 1 Ekonomi. Setiap satunya RM12.90 |
Pakej Keluarga Ekonomi. Harga dalam lingkungan RM45 hingga RM260 |

0 Comments