Assalamualaikum...

Entry kali ni nak share sikit bagaimana nak buat ikan siakap bakar simple saja. Bahan yang diperlukan adalah :


1) Ikan siakap.
2) Limau nipis atau asam jawa.
3) Perencah ikan bakar Adabi.
4) Aluminium foil.

Cara buat :
1) Mula-mula ikan siakap disiang.
2) Ikan dibasuh dengan air limau nipis atau asam jawa untuk hilangkan bau hanyir.
3) Bentangkan aluminium foil.
4) Letakkan ikan yang dibasuh tadi ke atas aluminium foil.
5) Sapukan perencah ikan bakar Adabi di bahagian luar dan dalam ikan.
6) Bungkuskan ikan dengan aluminium foil
7) Perap selama 15 minit.
8) Selepas selesai perap, bakar dengan api yang sedeerhana selama lebih kurang 20 minit. Jika masuk dalam oven, bakar dalam suhu 220C selama 30 minit.
9) Dah siap boleh makan, simple je.





Ikan dilumurkan dengan perencah IKAN BAKAR ADABI

Ikan dibalut dengan aluminium foil


Ikan dibakar dalam aluminium foil




Ikan siap dibakar






Enjoy !!


Perencah ikan bakar Adabi boleh didapati di mana-mana kedai runcit atau pasaraya-pasaraya berdekatan.




Perencah ikan bakar Adabi

Saya rasa bagi yang kesuntukan masa nak buat ikan bakar, boleh guna cara ni, jimat masa. Kalau yang berkelapangan tu, boleh buat perencah ikan bakar sendiri.




0 Comments