Assalamualaikum...

Dalam 2 bulan lepas, saya bersama keluarga singgah ke Kolam Air Panas Jasin di Melaka. Saya tidak tahu Jasin ada kolam air panas ini tetapi setelah diperkenalkan oleh biras saya sendiri, maka kolam air Jasin menjadi lokasi kunjungan saya bersama keluarga pada Ogos 2019.


Mula-mula yang terfikir di benak pemikiran adalah harga tiket mahal ke murah. Harga tiket nya murah sahaja iaitu dewasa RM6.50 dan kanak2 adalah RM3.50. Semasa berurusan di kaunter, kakak yang jaga kaunter itu kata RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak kalau tidak silap saya RM6. Nilai ini jauh lebih mahal daripada info pertama. Ini kerana untuk harga tiket tang lebih mahal ini, pengunjung boleh mmasuki semua bahagian. Harga tiket bagi Kolam Air Panas Jasin tidak menjadi masalah kerana ia murah jika dibandingkan dengan taman tema yang lain seperti Sunway Lagoon, Water World A'Famosa dan Lost World Tambun Ipoh.





Pemandangan kolam pertama dari tempat berteduh
Pemandangan kolam kedua dari tempat berteduh

Terdapat 3 kolam air sejuk di mana salah satu daripada nya sesuai untuk kanak-kanak kecil kerana air nya cetek sedangkan 2 kolam lagi adalah dalam dan sesuai untuk kanak-kanak belasan tahun dan orang dewasa.








Saya tidak berkesempatan untuk menjenguk bahagian kolam air panas kerana kesuntukan masa. Jadi dalam entry ini tiada gambar kolam air panas. In sha Allah jika saya berkunjung lagi ke Kolam Air Panas Jasin, saya akan menerjah bahagian kolam air panas dan merasai kepanasan air dari kolam itu. Saya akan update entry ini di masa akan datang.


0 Comments